TIADA ibu yang tega melihat anak kesakitan dan cedera, tambahan pula ketika usia masih bayi.
Tatkala anak dihantar ke taska atau pengasuh, ibu bapa menyerahkan sepenuhnya kepercayaan dan berharap permata hati mereka dijaga baik seperti mana dijanjikan.
Seorang pengguna Facebook, Afzan Ikka Wan Nurul meluahkan rasa terkilan apabila mendapati anaknya mengalami kecederaan selepas diambil daripada taska.
Benarlah dikatakan naluri seorang ibu itu kuat, dapat merasakan sesuatu yang tidak kena pada anak.
Menurut Afzan, lebih kurang lebih sebulan yang lalu dia berasa tidak sedap hati ketika di pejabat dan terus tanya pengasuh tentang perihal anaknya.
Bagaimanapun respons pengasuh mengatakan semuanya baik-baik sahaja.
Namun selepas anaknya dijemput dari taska, Afzan mendapati si kecil itu tidak berhenti menangis. Malah ada kesan pada mata kirinya.
Bila ditanya, pengasuh memberitahu ia berpunca daripada yang anaknya tadi berebut mainan dengan bayi lain. Manakala kesan di muka pula kerana tidur di atas tikar mainan (playmat).
[caption id="attachment_59190" width="800"] Gambar hiasan.[/caption]
Bimbang akan kedaan si kecil, Afzan dan suami telah membawa anak perempuan mereka ke hospital sebelum dinasihatkan untuk membuat laporan polis.
Susulan itu, doktor hospital swasta lain yang merawat anaknya mendesak dia dan suami untuk buat lagi laporan polis.
[caption id="attachment_59195" width="800"] Kredit foto: Boston Children Hospital[/caption]
Afzan dan suaminya telah melihat rakaman kamera litar tertutup berkenaan. Bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan penjaga berkenaan berlaku kasar kecuali satu video rakaman yang memaparkan seorang bayi berusia 10 bulan telah dilayani tidak baik.
Kesan pada muka yang dikatakan tidur di atas tikar mainan itu juga dakwanya tidak betul kerana dalam rakaman tersebut anaknya memang tak tidur langsung di atas tikar berkenaan.
Baca juga Ibu Bapa Perlu Cakna Pilih Taska, Pengasuh Buat Si Manja
Ibu muda ini turut mengingatkan ibu bapa lain agar berhati-hati dalam memilih taska. Kini permata hatinya itu sudah kembali ceria dan sihat dalam jagaan saudaranya.
Semoga kisah yang dikongsikan ini boleh dijadikan pengajaran buat kita untuk berhati-hati dalam memilih pusat penjagaan buat si kecil. Sentiasa peka dengan perubahan emosi dan fizikal si kecil kerana ia kemungkinan tanda-tanda trauma disebabkan perkara yang tidak diingini.
Sumber: Afzan Ikka Wan Nurul
Gambar hiasan: Pexels, Freepik