Kecoh bila Paul Pogba tonton Omar dan Hana

Iklan
PAUL POGBA

PEMAIN bola sepak terkenal, Paul Pogba mencuri perhatian ramai apabila memuat naik hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan aksinya sedang menonton siri animasi popular Malaysia, Omar dan Hana.

Menerusi hantaran tersebut, Pogba, 28, yang juga merupakan pemain tengah Kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United itu sedang memegang alat kawalan jauh ke arah skrin televisyen (TV) yang sedang menyiarkan siri animasi tersebut.

Iklan
Iklan

"Bersama C62+ TV terbaharu saya dari TCL dan ia skrin bersaiz XXL.

"Sesi menonton filem bersama keluarga di rumah,” tulisnya dalam bahasa Perancis.

Iklan

Sehingga kini hantaran Pogba itu telah meraih lebih 700,000 tanda suka, selain ribuan komen terutamanya daripada para peminat dan pengikutnya dari Malaysia.

Masing-masing berkongsi rasa teruja dan bangga apabila bintang terkenal dunia itu memilih untuk menonton siri animasi tempatan berbanding siri animasi popular lain.

Iklan

Omar dan Hana yang dihasilkan oleh syarikat animasi Malaysia, Digital Durian (DD) itu merupakan siri animasi berunsurkan Islamik dan mencetuskan fenomenanya yang tersendiri sejak awal diperkenalkan.

Siri animasi tersebut itu juga sudah ditayangkan di lebih 50 buah negara serta mencatat tontonan sehingga 3.2 bilion.