Maya bantah kempen 'V-Kebaya', penganjur akur tarik semula iklan

Iklan
02

BARU-BARU ini tular di laman sosial apabila corak bungkusan tuala wanita didakwa menggunakan reka letak pembungkusan yang menumpukan motif vulva atau kemaluan wanita.

Perkara tersebut membuatkan Majlis Wanita Islam Yadim (Maya) mengeluarkan kenyataan mendesak Libresse Malaysia untuk menarik balik dua kempen"V-Kebaya" dan"Know Your V".

Iklan
Iklan

Melalui kempen"V-Kebaya", jenama tersebut telah melancarkan pembalut tuala wanita edisi terhad dengan kemasan yang dihiasi dengan motif bunga dari ilham kebaya Nyonya dan vulva.

Iklan

Pengerusi Maya, Dr Safinar Salleh berpendapat jenama itu mengeksploitasi dan tidak menghormati bahagian tubuh dan wanita.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Justeru itu, Libresse Malaysia menarik semula iklan mereka selepas bantahan tersebut dan tampil menjelaskan tujuan mereka di sebalik kempen tersebut.

Libresse Malaysia menambah bahawa ia terlibat secara aktif dengan mereka yang bersuara menentang kempen tersebut.

Isu tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya sehingga Libresse menjadi trending di aplikasi Twitter, hampir 30,000 tweet setakat artikel ini ditulis.