Ayam Masak Merah Kenduri ubati rindu sajian katering majlis kahwin

Iklan
3

AYAM Masak Merah antara menu yang menjadi kebiasaan yang dihidangkan kepada tetamu pada majlis perkahwinan.

Mungkin sudah lama kita tidak menjamah sajian ini susulan prosedur operasi standard yang mengehadkan majlis keramaian dan keraian.

Iklan
Iklan

Pedas, manis dan berlemak. Pasti ramai rindu untuk merasai hidangan ayam yang dimasak dalam sos harum dengan aroma pandan ini.

Iklan

Rupa-rupanya langkah penyediannya tidaklah sesukar yang disangkakan.

Perkongsian resipi Ayam Masak Merah Kenduri oleh seorang pengguna Facebook, Wani Sulinan di sebuah grup masakan ini boleh dijadikan panduan.

Iklan

Bahan-bahan

6 hingga 7 ketul ayam

2 helai daun pandan

2 batang serai

1 batang kulit kayu manis

Sekuntum bunga lawang

2 inci halia

2 biji bawang besar bersaiz sedang

4 ulas bawang putih

3 sudu makan cili kering kisar

2 sudu makan sos cili

5 sudu besar santan

Minyak untuk menggoreng dan menumis

Garam dan gula secukup rasa

Bawang besar dihiris melintang sebagai hiasan

Langkah penyediaan

1.Ayam digoreng sebentar, anggaran separuh masak. Angkat dan toskan.

2.Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.

3. Panaskan minyak, masukkan serai yang telah diketuk dan daun pandan yang disimpulkan ke dalam kuali.

4. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan yang dikisar.

5. Apabila bahan yang ditumis agak kering, msukkan pula cili kering yang dikisar, sos cili, gula dan garam. Teruskan menumisnya sehingga pecah minyak.

6. Masukkan ayam dan santan. Kacau sehingga sebati dan masukkan bawang untuk hiasan.

7. Siap! Boleh dihidang dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

Menurut Wani, penggunaan daun pandan amat ditekankan dalam sajian ini.

Baca juga Bosan Menu Ayam Goreng Biasa? Cuba Resipi Sedap Ini Tanpa Serbuk Kunyit

Diharapkan korang boleh memasak sendiri Ayam Masak Merah Kenduri ini tanpa perlu menunggu untuk dijemput ke kenduri. Sedap dan menyelerakan.

Resipinya mudah dan cara penyediaannya ringkas, jom cuba!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Wani Sulinan