BIARPUN sudah dua tahun berlalu atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Wilayah (AMW), kini foto detik bermakna itu tular kembali di media sosial.
Nur Dhabitah, secantik nama dan sememangnya dikenali ramai sebagai atlet terjun negara yang tidak pernah lekang dengan senyuman mengiringi setiap terjunan hebat dalam kejohanan yang disertainya.
Lagi menaikkan namanya apabila anak kelahiran Kuala Lumpur itu hampir mendapat pingat namun terpaksa akur di kedudukan keempat saingan akhir 3 meter (m) papan anjal wanita individu setelah mengumpul 326.15 mata selepas lima pusingan di sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Meniti usia 22 tahun, Dhabitah sememangnya memiliki aura tersendiri terutamanya ketika menyertai pertandingan.
Malah pesona gadis comel itu juga pernah menarik perhatian media antarabangsa sewaktu temasya Sukan Olimpik Rio 2016 kerana sikapnya yang gemar tersenyum!
Walau terjunan Dhabitah ketika bertanding kurang kemas namun dia tetap melemparkan senyuman kepada penonton.
Dilahirkan pada 12 Julai 1999, anak bongsu kepada pasangan Sabri Hashim dan Fazidah Jaafar ini mula didedahkan dengan sukan renang selepas kedua-dua ibu bapanya menyedari minat Dhabitah dalam bidang berkenaan sejak kanak-kanak lagi.
Atas kejayaan cemerlang dalam bidang sukan, Dhabitah diberi kepercayaan membawa obor terakhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Moga kejayaan yang diraih Dhabitah terus menjadi inspirasi buat semua untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.
Sumber: NONA
Foto: Instagram Nur Dhabitah Sabri