KATA-kata nasihat daripada ibu ibarat mutiara, penuh bermakna. Apatah lagi tatkala melepaskan anak perempuan melangkah ke alam perkahwinan.
Ramai yang mengatakan ibu ‘kuat membebel’ tetapi sebenarnya ia adalah kata-kata nasihat kerana mereka sayangkan anak.
Aksi seorang ibu yang sempat memberikan nasihat kepada anaknya pada majlis perkahwinan menjadi tular baru-baru ini.
Rata-rata warganet terhibur dengan aksi ibu kepada pengguna TikTok Emilia atau Nur Aisya Humaira yang tidak henti memberikan nasihat buat permata hatinya itu.
Paparan video berkenaan memperlihatkan si ibu seolah memberikan nasihat dengan nada yang kuat berkaitan dengan pengurusan rumah tangga.
"Rumah mahu bersih ya,” kata si ibu yang anggun memakai cheong sam merah.
Hal itu menyebabkan Emilia berpakaian songket kelihatan serba salah dan tidak henti ketawa.
Bahkan wanita itu turut berseloroh menyuruh ibunya segera pulang. Bagaimanapun Emilia segera memeluk ibunya meminta maaf.
Ragam dua beranak berbangsa Cina itu menarik perhatian tetamu yang turut ketawa.
Beralih ke ruangan komen, kebanyakan wargamaya turut terhibur gelagat Emilia dan ibunya. Kata mereka memang begitulah kebiasaan seorang ibu tidak mengira bangsa apa pun.
Dalam kegembiraan meraikan perkahwinan, hati ibu pasti sayu melepaskan.
Baca juga Wanita Terkorban Kapal Karam, Sanggup Minum Urin Untuk Selamatkan Dua Anak Dengan Susu Ibu
Walaupun anak perempuan sudah berkahwin, kasih sayang tidak akan berkurang. Tiada apa lebih berharga kepada ibu bapa daripada melihat anaknya menjalani kehidupan berumahtangga yang bahagia dengan pasangan hidup.
Jangan lupa ikuti kami di Instagram!
Sumber: TikTok @emiliacomot