[VIDEO]Tular dakwa pembantu rumah didera, rupanya lain yang berlaku

Iklan
[VIDEO]Tular dakwa pembantu rumah didera, rupanya lain yang berlaku

BARU-BARU ini tular di media sosial sebuah video berdurasi 1 minit dan 10 saat memaparkan seorang wanita dalam keadaan ketakutan.

Dikatakan wanita tersebut yang merupakan pembantu rumah warga Indonesia telah didera oleh majikannya.

Iklan
Iklan

Video asal dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok dikenali @long_rangerr.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 16 September lalu di Benningotn Residence, Kuala Lumpur.

Iklan

Jangan lupa ikuti kami di Instagram!

Iklan

Justeru itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dalam satu kenyataan berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi di tempat kejadian dan keterangan saksi-saksi yang terlibat mendapati tiada unsur-unsur penderaan yang berlaku ke atas mangsa.

Sehubungan dengan itu, pihak polis berharap supaya spekulasi berlaku kejadian dera ke atas mangsa tidak ditularkan kerana berita yang tidak tepat boleh mendatangkan keresahan dan kerisauan kepada masyarakat.