[VIDEO] Kasihan Abang kena ‘belasah’ dengan kawan gara-gara Abah lambat back up...

Iklan
kucing

SUDAH menjadi lumrah si bulus apabila suka bergaduh antara satu sama lain semata-mata mahu menunjukkan kejantanan masing-masing.

Bagi kucing jantan dewasa, antara sebab haiwan comel itu bergaduh antaranya menceroboh kawasan orang, mahu mengawan (berebut kucing betina) dan banyak lagi.

Iklan
Iklan

Pun begitu, hati pencinta haiwan mana yang tahan apabila si bulus kesayangan cedera digigit kucing lain, malah ada yang kemurungan akibat pergaduhan itu.

Iklan

Mungkin kucing bergaduh adalah perkara biasa bagi semua, namun video pendek yang dikongsikan @theservis.kreatif di aplikasi TikTok mencuit hati netizen.

Mana tidaknya, video yang menerima lebih 2.8 juta tontonan itu menarik perhatian ramai gara-gara muka sedih si kucing yang kecewa Abah lambat datang back up.

Iklan

Aduhai. Kapsyen lucu ‘Kesian Abang, Abah datang lambat ?’ ditambah suara si kucing itu membuatkan ramai terhibur.

Terdahulu, aksi dua kucing jantan yang sedang bergaduh berjaya dirakam tuannya sebelum datang perlahan-lahan dan cuba meleraikan pergaduhan.

Suara si Tam yang mendayu-dayu mengadu kepada tuannya seolah-olah ’kena’ dengan sari kata yang dikongsikan.

"Abah kenapa lambat datang ????. Dia mula dulu, Abang tak buat apapun urmmm ?.”

Sambil memujuk dan mengusap badan, menguis sisa bulu pada tapak tangannya, lelaki itu memujuk kucing kesayangannya dengan suara lembut.

Baca juga [VIDEO] Perbualan gadis yang tegur si bulus tidur atas tayar keretanya bikin ramai terhibur, tapi ada yang geram juga fasal...

Memang nampak muka si bulus itu tidak berpuas hati, mungkin kerana kalah atau dihalang bergaduh oleh tuannya.

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut tidak ketinggalan meninggalkan komen lucu.

Muka sedih nak menangis tu!

Tak sempat nak rakam apa-apa sebab nak leraikan pergaduhan dulu.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sama.

Malah terdapat tuan kucing yang trauma apabila si bulus start bergaduh.

Memang betul-betul mengadu ni.

Baik kucing tu tak cakar tuannya.

Betul-betul mengadu dengan muka merajuk.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Memang kasihan apabila si bulus yang cukup disayangi mengalami luka akibat bergaduh.

Lagi sedih, kalau luka itu teruk sehingga terpaksa dibawa ke klinik haiwan.

Apapun ramai juga yang berkongsikan tip ketika mahu meleraikan pergaduhan kerana jika tersilap langkah, kita jadi mangsanya.