Iklan
Iklan
"Adik bongsu saya, Allahyarham Mohamad Rizal Mohamad Lazim kembali ke rahmatullah, pada jam 3.15 petang,” tulisnya.
Menurut Ezad, Allahyarham Rizal, 35, sebelum ini dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah selepas mengalami demam tidak menentu selama sebulan.
Bagaimanapun, sejak 18 September lalu, Allahyarham yang masih bujang itu berada dalam kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas mengalami jangkitan kuman dalam darah.
Difahamkan jenazah arwah perlu menjalani pemeriksaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak hospital sebelum dikebumikan.
Berita kematian Allahyarham Rizal yang juga merupakan seorang Pegawai Pusat Kebudayaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah itu turut dirasai ramai penggiat seni tradisional yang menganggap pemergiannya sebagai satu kehilangan besar buat kesenian tradisional tanah air.