SEJAK wabak Covid-19 melanda negara, rata-rata hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman, sarung tangan dan pelitup muka laris bak goreng pisang.
Bukan itu sahaja, yang terbaharu semburan pembersih nano atau nano sanitizer spray turut mendapat tempat di pasaran.
KKM menjelaskan, larutan disinfeksi yang dinyatakan adalah bertujuan untuk nyahkuman di permukaan persekitaran dan ia tidak sesuai digunakan secara langsung kepada manusia.
Ini adalah kerana sesetengah larutan disinfeksi boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan sistem pencernaan.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Betul ke berkesan untuk cegah penularan? Ayuh kita lihat perkongsian Dr Izzar Anwari yang juga suami kepada pelakon Ummi Nazeera ini.
Katanya, menurut kajian terkini Centers for Disease Control (@cdcgov), penapis udara mudah alih (portable) yang menggunakan High Efficiency Particulate Air (HEPA) , selalu disebut HEPA filter, dapat mengurangkan jumlah partikel jangkitan melalui udara (aerosol) dalam ruang tertutup atau indoor.
Dalam kajian tersebut:
- Penggunaan facemask (3 ply cotton cloth) TANPA HEPA air filter mengurangkan pendedahan kepada aerosol sebanyak 72%.
- Penggunaan HEPA air filter TANPA facemask (3 ply cotton cloth) mengurangkan pendedahan kepada aerosol sebanyak 65%.
- Penggunaan HEPA air filter DAN pemakaian facemask mengurangkan pendedahan kepada aerosol sebanyak 90%.
[caption id="attachment_32311" width="800"] Suami Ummi, Dr Mohd Izzar merupakan frontliner yang bertugas di sebuah hospital.[/caption]
Menurut Dr Izzar, menggunakan penapis udara HEPA merupakan ikhtiar yang juga berkesan.
Namun, Dr Izzar turut menegaskan apa yang paling penting adalah pengambilan vaksin Covid-19 dan sentiasa mematuhi SOP.