Giliran Dolla muncul di papan iklan NY Times Square

Iklan
DOLLA

SELEPAS penyanyi Yuna dan Layla Sania, kini tiba giliran kumpulan Dolla menghiasi papan iklan digital terkenal di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Penampilan Dolla yang mewakili Malaysia pada papan iklan terkenal itu adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh platform penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Iklan
Iklan

Dolla yang dianggotai empat gadis berbakat iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel mengakui teruja dengan peluang tersebut dan menganggap ia sebagai satu penghormatan buat mereka.

"Kami tidak mampu luahkan perasaan kami sekarang. Ia satu penghormatan yang besar buat sebuah kumpulan nyanyian seperti kami yang baru hendak bertatih.

Iklan

"Kami harap Dolla akan dapat terus memenuhi harapan para peminat,” ujar Sabronzo mewakili Dolla.

EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang memperjuangkan kesamaan dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.

Iklan

Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara, di mana Dolla merupakan wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.

Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the ‘best’ EQUAL Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.

Kumpulan Dolla ditubuhkan pada tahun 2019 dan terkenal dengan lagu Makes You Wanna dan Watch Me Glow, selain sinonim dengan penampilan fesyen sensasi serta meraih pengikut dengan jenama muzik kontemporari yang dipersembahkan.