OLEH: Ketua Pegawai Eksekutif, Ninja Van Malaysia, Adzim Halim
UMUM maklum bahawa wabak Covid-19 telah menyebabkan banyak proses pembelian barangan berlaku secara atas talian.
Memandangkan ia satu-satunya cara sedikit selamat untuk membeli barang semasa pandemik, dengan pertumbuhan positif e-dagang, kajian turut membuktikan Cash-On-Delivery (COD) menjadi kaedah pembayaran pilihan dalam kalangan pengguna.
Lebih-lebih lagi mereka yang skeptikal terhadap pemindahan wang secara online, dan juga mereka yang tidak mempunyai kad kredit.
Walau bagaimanapun, dengan risiko e-dagang dan kemudahan COD, ramai scammer semakin kreatif dalam mengambil kesempatan terhadap situasi ini.
Kebiasaannya dengan cara menyamar sebagai penjual online yang sah di laman web palsu, meletakkan iklan palsu di media sosial dan paling teruk ada juga yang menyamar sebagai penghantar barang tidak berdaftar yang menyerahkan bungkusan kosong, semata-mata untuk mendapatkan duit.
Beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat banyak berita yang melaporkan tentang penipuan COD.
Dengan adanya PDRM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)yang menentang keras penipuan online dan penipuan COD, pemain industri penghantaran barangan mempunyai tanggungjawab untuk turut serta mendidik orang ramai tentang penipuan-penipuan ini.
Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan COD, berikut beberapa langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri korang dan orang-orang tersayang:
Justeru itu, kita sebagai pengguna haruslah lebih berhati-hati dan peka dengan tanda amaran setiap kali membeli-belah secara online bagi mengelakkan ditipu oleh scammer.
Sekiranya korang 'terkena' penipuan COD, pastikan membuat laporan kepada pihak berwajib bagi mengelakkan penipuan yang sama berlaku kepada orang lain.