RATA-RATA penduduk dunia ini memang sudah terbiasa dengan restoran makanan segera ataupun fast food. Ini termasuklah dengan rakyat Malaysia kita.
Yang penting, setiap restoran makanan segera ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Masing-masing juga mempunyai menu 'killer' berbeza.
Menerusi video yang dikongsi pengguna dikenali @paisss, apa yang mencuri perhatian ramai apabila salah seorang daripada pemuda tersebut dilihat dengan selambanya mengeluarkan periuk nasi dari begnya.
Iklan
Tambah menghiburkan, kelihatan mereka sangat gembira dapat menikmati menu restoran itu bersama nasi yang dibawanya. Habis pula tu satu periuk!
Iklan
Perkara tersebut telah mengundang dekah warga maya yang rata-rata terhibur melihat aksi mereka.