[VIDEO] Cergas, tak pancit, nenek tular mendaki pakai jubah

Iklan
Untitled design (3)

SEJAK peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara, aktiviti rekreasi seperti mendaki menjadi pilihan ramai.

Lokasi pendakian kembali ‘meriah’ susulan kelonggaran yang diberikan kerajaan kepada mereka yang sudah mendapat vaksinasi Covid-19 lengkap.

Iklan
Iklan

Tidak hanya golongan muda, warga emas juga turut dilihat melakukan aktiviti riadah tersebut.

Baru-baru ini sebuah video yang memaparkan seorang wanita warga emas mendaki tular. Ia susulan gelagatnya yang ‘sempoi’ mendaki dengan memakai jubah.

Iklan

Malah warga emas itu juga dilihat langsung tidak penat setelah melalui trek pendakian yang memenatkan.

Pendakian itu dipercayai di Bukit Panau, Tanah Merah telah dikongsikan pengguna TikTok Haishah Hashram yang memaparkan neneknya yang bukan sahaja tidak terlihat penat malah cergas untuk berlari tatkala pendaki lain keletihan apabila sampai ke puncak setinggi 225 meter itu.

Iklan

Bagaimanapun selepas turun dari bukit berkenaan, dia kelihatan mulai penat dan dipimpin oleh cucunya.

Rata-rata warganet memuji tahap kecergasan warga emas berusia 70an berkenaan.

Malah ada yang berkata berpakaian longgar tidak menghalangnya untuk sampai ke puncak. Tidak kurang juga yang tertarik gelagat comelnya berlari ketika tiba di puncak bukit.

Baca juga Nenek Di United Kingdom Dapat Hidayah, Peluk Islam Pada Usia 84 Tahun

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkongsi rahsia cergas di usia 90an.

Beliau menasihatkan agar jangan banyak berehat apabila usia makin. Katanya, kekalkan kecergasan walaupun selepas bersara.

Ternyata usia bukan penghalang untuk seseorang itu terus mara dalam kehidupan. Teruskan melakukan aktiviti riadah yang memberikan impak positif kepada kesihatan mental dan fizikal.

Sumber: TikTok @haishah.hashram