LAZIMNYA, banyak kisah yang sering kita dengar berkaitan haiwan ternakan seperti angsa yang suka mengejar orang.
Sikap agresif si angsa yang mungkin ‘menjaga’ kawasan membuatkan haiwan tersebut dilihat suka menyondol orang yang 'dia' nampak.
Jika mahu berkongsi kisah peribadi, penulis juga pernah berdepan insiden ‘ngeri’ apabila sekumpulan angsa secara tiba-tiba cuba mengejar.
Langkah seribulah jawapannya. Sejak daripada kejadian itu, kalau nampak sekumpulan angsa termasuk di zoo pun, kalau boleh penulis cuba jauhkan diri. ??
Rasanya ramai yang berdepan pengalaman sama kan?
Kisah unik yang dikongsikan pengguna TikTok, @fiey.adreena membuatkan ramai kagum dengan sentuhan kasih sayang terhadap haiwan berbulu putih tersebut.
Mana tidaknya, video pendek yang dikongsikan wanita itu menunjukkan ibunya yang juga seorang penternak memeluk angsa dan mendukungnya seperti anak kecil.
Baik pula angsa tersebut duduk diam dalam pelukan ya? Tak ubah seperti cucu yang didukung neneknya selepas penat bermain.
Terdapat juga scene yang mana si angsa merajuk minta didukung. Aduhai comel gelagat mereka berdua.
Kapyen yang ditulis ‘Sebab kami tak kawin lagi, mak kami ganti dukung cucu dengan angsa’ membuatkan ramai warganet yang mengikuti perkongsian itu geli hati.
Rata-rata warganet berkongsi kisah disondol angsa semasa kecil.
Ramai juga tidak percaya melihat angsa yang manja dan tidak berlagak gangster.
Memang sayang seperti anak sendiri.
Kalau tahu, dari dulu lagi berani dukung angsa.
Haiwan ini faham apa yang kita cakap sebenarnya.
Betullah orang kata, jika kita sayang dan menjaganya dengan baik, haiwan ini akan menjadi jinak dan manja.
Sama seperti kucing atau anjing, jika dibela dengan penuh kasih sayang, sikap manjanya memang tak boleh dibawa bincang.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Apapun, SinarPlus salute makcik ini yang sayang semua angsanya tanpa berbelah bahagi.
Mungkin bagi mereka yang cuba berjinak-jinak untuk belajar menternak angsa, bolehlah berguru dengan mereka yang berpengalaman. #kitajagakita #kitalaluibersama