Anggota kumpulan One Nation Emcees, Zydee Idris diserang strok

Iklan
Untitled design (45)

ANGGOTA kumpulan One Nation Emcees, Zydee Idris, 40, kini berada dalam kritikal selepas diserang strok pada Jumaat dan ditempat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah.

[caption id="attachment_60008" width="800"] Zydee Edris[/caption]

Iklan
Iklan

Menurut rakan sekumpulannya, Kozae Murtaza, doktor memaklumkan saluran darah ke otaknya pecah dan tidak dapat melakukan sebarang pembedahan buat masa ini kerana risiko tinggi.

"Saya baru dapat tahu berita ini daripada ahli keluarganya. Saya difahamkan dia diserang strok ketika menerima rawatan di hospital itu. Semalam dia mengadu kurang sihat dan minta dibawa ke hospital. Namun tiba-tiba dia diserang strok.

Iklan

"Doktor memaklumkan keadaan Zydee agak kritikal ketika ini apabila saluran darah ke otaknya pecah. Doktor juga beritahu pihaknya tidak dapat melakukan sebarang pembedahan buat masa ini kerana amat berisiko tinggi," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

SUMBER : Harian Metro

Iklan