Bayaran fasa 3, rayuan BPR dikreditkan mulai 28 September

Iklan
Alhamdulillah, BPR dibayar secara berperingkat mulai hari ini

BANTUAN Prihatin Rakyat (BPR) adalah antara bantuan kewangan disalurkan kerajaan kepada golongan B40.

Inisiatif tersebut membantu khususnya mereka yang terjejas ekonomi ekoran penularan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Bantuan yang dibayar secara mengikut fasa itu akan memasuki fasa ke tiga pembayaran kepada penerima.

Iklan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran secara berperingkat itu dijangka selesai pada 30 September ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pembayaran itu akan memanfaatkan 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang diluluskan membabitkan peruntukan RM2.82 bilion.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pembayaran fasa berkenaan adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela.

Selain itu, penerangan lanjut berhubung pembayaran BPR fasa tiga tersebut akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan.

Perdana Menteri berkata, Keluarga Malaysia boleh merujuk kepada soalan lazim (FAQ) di portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Terdahulu pembayaran fasa 1 telah dilakukan pada Februari lalu manakala fasa dua pada Mei 2021.

Justeru, gunakanlah bantuan yang diberi kerajaan ini sebaik mungkin ya! Tidak lupa juga terus amalkan SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19.