LAZIMNYA, apabila sebut sahaja menopaus, sudah pasti kalian akan merujuk situasi itu kepada golongan wanita sahaja.
Sebenarnya, ia juga berlaku dalam kalangan lelaki iaitu dikenali sebagai andropause.
Perkara tersebut didedahkan oleh Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad di Facebook miliknya baru-baru ini.
Ujarnya, ia merujuk kepada perubahan berkaitan usia yang menyebabkan tahap testosteron yang semakin berkurangan.
"Kebiasannya, fasa itu akan berlaku apabila seorang lelaki mula mencapai usia 50 tahun," terangnya.
Dalam pada itu, beritahunya, tahap testoren yang mencukupi sangat penting bagi seorang lelaki dewasa.
Ia kerana peranannya bukan sekadar untuk menyebabkan perasaan ingin melakukan hubungan intim bersama isteri sahaja, malah telah merangsangkan penghasilan tenaga, pembentukan otot pada tubuh dan minda yang positif.
"Tahap testosteron boleh diukur dengan pemeriksaan darah. Bacaan yang normal antara 300 hingga 1,000 nanograms per deciliter (ng/dL).
Pun demikian, masalah andropaus berbeza antara seorang lelaki dengan lelaki yang lain.
Seorang individu mungkin mengalami beberapa masalah tertentu, antaranya seperti:
1. Tahap tenaga yang rendah.
2. Rasa keseorangan.
3. Rasa kurang motavasi.
4. Sukar memberikan fokus.
5. Insomnia atau rasa sukar tidur.
6. Peningkatan lemak pada tubuh.
7. Kekurangan otot pada tubuh.
8. Pembentukan payudara pada dada.
9. Kerapuhan otot.
10. Masalah mati pucuk.
11. Masalah kesuburan.
12. Saiz zakar yang semakin mengecil.
13. Kehilangan bulu pada tubuh.
14. Rasa panas badan terutama waktu malam.
Pada masa sama, terdapat segelintir anak muda (lelaki) yang turut mengalami penurunan tahap testosteron.
Namun, acap kali ia dikaitkan dengan masalah diabetes, hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi dan masalah kesuburan.
Baca juga: Awas, wanita menopaus lebih mudah diserang sakit jantung
Rawatan
Tutur Dr Zubaidi, cara yang terbaik bagi mendiagnosa masalah itu adalah dengan melakukan pemeriksaan darah bagi mengetahui tahap testosteron dalam darah.
"Perlu diingati bahawa masalah kekurangan hormon ini adalah suatu yang normal bagi seorang lelaki apabila semakin meningkat usia.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Oleh itu, penurunan tahap hormon testosteron adalah normal apabila kita semakin semakin tua.
Kebanyakan lelaki dengan simptom kekurangan hormon dapat diuruskan dengan baik dan menukarkan gaya hidup dapat membantu meningkatkan semula tahap hormon mengikut peningkatan usia.
Namun, bagi sesetengah lelaki terutama yang masih muda pula, pengambilan suplemen herbal, vitamin dan mineral mungkin membantu.
Jangan lupa follow kami di Instagram!