Banyak manfaat nikmati kacang panggang rupanya. Poin nombor 3 dan 5 memang tak disangka-sangka

Iklan
f-ab

TIDAK semua orang gemarkan menikmati makanan yang berat seperti nasi untuk bersarapan mahupun makan tengah hari atau malam.

Justeru, antara alternatifnya adalah menikmati bihun, spageti atau bihun goreng.

Iklan
Iklan

Namun, untuk pastikan hidangan yang dimakan itu betul-betul sihat, terdapat satu lagi pilihan lain iaitu dengan makan kacang panggang.

Iklan

Baru-baru ini, Ayam Brand memperkenalkan Kacang Panggang Ayam Brand (Ayam Brand Baked Beans) yang kaya dengan serat dan protein serta rendah kandungan lemak.

Iklan

Berikut adalah manfaat yang bakal diperoleh daripada produk terbaharu Ayam Brand itu:

-Legum seperti kacang adalah sumber pemakanan berserat dan protein berasaskan tumbuhan yang baik.

-Kacang panggang Ayam Brand sedia untuk dimakan terus daripada tin, menjadikannya sumber serat dan protein berasaskan tumbuhan yang mudah dan enak.

-Kacang panggang dapat membantu menahan rasa lapar lebih lama dengan mengenyangkan dan mengawal kandungan gula dalam darah.

-Memberi bekalan tenaga yang berterusan sepanjang hari dan seterusnya mengurangkan keinginan untuk sajian manis yang lain.

-Kandungan likopen dalam sos tomato kacang panggang merupakan satu bahan antioksida yang membantu melindungi daripada kanser prostat, paru-paru dan perut.

-Kacang panggang juga mengandungi mineral seperti magnesium, selenium dan tembaga yang merupakan antioksida kuat yang melindungi sel-sel tubuh daripada serangan radikal bebas.

Ayam Brand dalam satu kenyataan menambah, diet yang telah terbukti secara klinikal untuk memberikan manfaat kesihatan adalah seperti Diet DASH (Pendekatan Diet untuk Menghentikan Hipertensi) dan diet Mediterranean yang menggalakkan penambahan legume seperti kacang panggang dalam amalan pemakanan harian.

"Anda boleh memilih diet yang lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan daging dan menggantikannya dengan lebih banyak protein tumbuhan.

Secara keseluruhannya, terdapat tiga varian Kacang Panggang Ayam Brand untuk memenuhi cita rasa dan keperluan diet berbeza:

i) Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato Asli (Ayam Brand  Baked Beans in Tomato Sauce): Mempunyai rasa umami penuh kekacang yang diseimbangkan dengan kemanisan tomato. Ia merupakan gandingan ideal untuk hidangan yang menyelerakan.

ii) Kacang Panggang Ayam Brand Dalam Sos Tomato Bersama Keju (Baked Beans in Tomato Sauce with Cheese): Menggunakan keju parmesan sebenar bagi rasa berkrim. Ia sesuai untuk hidangan yang memerlukan rasa lebih kaya.

Gunakan pilihan ini untuk resipi-resipi yang perlu digril atau panggang. Kanak-kanak menggemari kenikmatan dan kelazatan keju sos ini bersama hidangan pasta mereka.

iii) Kacang Panggang Ayam Brand dalam Sos Tomato Ringan (Ayam Brand Baked Beans Light in Tomato Sauce): Mempunyai kandungan 48 peratus kurang gula. Ia menjadi pilihan individu yang mahukan protein dan serat pada kacang panggang tetapi kurang kandungan karbohidrat dan gula. Gandingan varian ini bersama salad atau kisar bersama sos salad bagi sajian yang lebih sihat dan ringan.

Varian makanan unggul (superfood) ini mempunyai 3.9 gram (g) ke 4.51g kandungan serat dan 5g hingga 6g kandungan protein bagi setiap 100g sajian.

"Kacang Panggang Ayam Brand adalah sedia dimakan. Cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan hanya membuka tin tersebut dengan menarik pembuka yang tersedia dan terus menjamahnya dengan sudu bersih," kata kenyataan itu lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ayambrand.com.my.