7 peranan suami temani isteri bersalin, syaratnya lengkap vaksinasi, negatif ujian saringan

Iklan
1

APABILA memperkatakan tentang proses bersalin, ramai yang akan membayangkan suasana dewan bersalin yang penuh debaran dan kesakitan kontraksi yang bertali arus.

Ia tidak ubah seperti berada di medan perang dalam situasi perjuangan dua nyawa.

Iklan
Iklan

Kehadiran suami semasa proses kelahiran tentunya akan memberikan semangat buat isteri melalui saat-saat genting itu.

Iklan

Saat menunggu detik kelahiran zuriat, berikut perkara yang disarankan untuk suami lakukan semasa menemani isteri ketika di dewan bersalin:

1-Memastikan isteri makan sebagai mengalas perut. Ia penting sebagai memberikan tenaga kerana proses bersalin memerlukan tenaga yang banyak. Antara makanan yang boleh diberikan ialah seperti kurma kerana ia mampu membekalkan tenaga dengan segera.

Iklan

2-Suami boleh mendorong pernafasan isteri agar teratur semasa meneran. Ini kerana isteri ketika itu kemungkinan sudah tidak dapat berfikir dengan jelas kerana kesakitan yang kuat. Pernafasan yang teratur penting untuk mengelakkan keletihan semasa proses meneran.

3-Berikan kata-kata semangat dan sentuhan penuh kasih sayang buat isteri yang mungkin mengalami emosi yang tidak stabil semasa bersalin. Boleh juga mengalihkan perhatian isteri agar tidak mudah berputus asa dalam proses bersalin yang mengambil masa yang panjang. Banyakkan berselawat agar isteri tenang.

4-Suami perlu tenang bagi mengelakkan situasi panik. Banyak keadaan di mana suami tiba-tiba pengsan di bilik bersalin. Justeru, suami perlu bersedia mental dan fizikal untuk menempuhi situasi di bilik bersalin.

5-Urut bahagian belakang isteri bagi mengurangkan kesakitannya.

6-Mengelap muka dan leher isteri apabila berpeluh.

7-Membasahkan bibir isteri dengan air agar tidak kering semasa dalam proses bersalin.

Susulan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB),kebanyakan hospital tidak membenarkan suami mengiringi isteri di dalam dewan bersalin sejak Mac 2020.

Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Kesihatan memberi kebenaran kepada suami yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 untuk menemani isteri yang akan melahirkan anak dalam wad bersalin.

Berita yang menggembirakan bakal ibu bapa itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah setelah diminta oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Saya sudah minta Tan Sri Dr Noor Hisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalani ujian saringan Covid dan negatif, untuk menemani isteri mereka dalam wad bersalin," katanya menerusi Twitter, hari ini.

Khairy dipercayai berkata demikian sebagai mengulas permintaan seorang pengguna Twitter yang memohon suami lengkap divaksin dan negatif ujian saringan Covid-19 dibenarkan menemani isteri dalam bilik bersalin.

Peranan suami amat besar semasa berada di bilik bersalin. Ayuh gunakan peluang dan kelonggaran yang diberikan ini sebaik-baiknya untuk memastikan proses kelahiran berjalan lancar dan tenang.

Sumber: Twitter @Khairykj