Tergantung sepi, Elizabeth Tan dakwa dibuli...

Iklan
Untitled design (51)

TERGANTUNG tak bertali, begitulah yang dapat digambarkan mengenai hubungan di antara penyanyi Elizabeth Tan dan syarikat rakamannya, Warner Music Malaysia sejak Februari lalu.

Jelas Elizabeth, kontraknya bersama syarikat itu sepatutnya sudah berakhir pada Februari lalu, bagaimanapun dia masih belum mendapat jawapan pasti tentang statusnya biarpun notis guaman sudah dihantar.

Iklan
Iklan

"Saya tak nak cakap buruk. Apa yang boleh saya katakan, saya rasa macam dibuli.

"Ikutkan saya dah ada perancangan untuk keluarkan single baharu, tetapi kerana saya tak pasti apa status saya bersama Warner ketika ini.

Iklan

"Saya tak mahu nanti teruskan projek baharu tetapi akhirnya disaman," ujarnya ketika ditemui pada sidang media drama terbaharu lakonannya, Gerak Khas Undercover pada Isnin.

Ditanya mengapa Warner bertindak sedemikian, Elizabeth yang mesra dengan panggilan Lizzy tidak mempunyai jawapan pasti mengenai perkara itu.

Iklan

"Saya tidak ada jawapan mengenai perkara itu kerana mereka hanya mendiamkan diri walaupun notis guaman sudah dihantar," jelasnya.

Elizabeth mengikat kontrak bersama Warner Music Malaysia sejak 2018 dan kali terakhir tampil dengan lagu baharu pada awal Februari lalu menerusi lagu duet bersama Hazama berjudul Beku.

Ujarnya, disebabkan isu kontrak yang berlanjutan, selebriti berusia 28 tahun itu memilih untuk memberi tumpuan terhadap karier lakonannya.

Sementara itu, wakil Warner Music yang dihubungi SinarPlus memaklumkan tidak dapat memberi sebarang komen buat waktu ini.