Lebihan roti jangan buang, boleh buat baja bunga

Iklan
tip pokok

MASALAH pokok yang ditanam di rumah susah untuk hidup dengan subur pastinya menjadi persoalan bagi anda yang suka bercucuk tanam. Gunalah pelbagai jenis baja pokok, keadaan masih sama dan masih susah untuk berbuah atau berbunga. Mungkin ramai dalam kalangan anda yang tidak tahu bahawa baja roti ini merupakan salah satu inovasi mikroorganisma yang boleh menyuburkan tanaman dengan berhasil!

BAHAN-BAHAN:

Iklan
Iklan

- Sekeping roti yang masih baik

- Air sebanyak 1.5 liter

Iklan

* Air hujan atau air basuhan beras sahaja

* Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat kurangkan kandungan klorin.

Iklan

CARA-CARANYA

1. Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.

2. Kemudian peram, letak di tempat gelap. Minimum peram 4 hari pun tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian.

 

3. Kesesuaian nak roti dan air di dalam bekas adalah nisbah 1:1 supaya semua sama je. Bila baja dah jadi tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas yang nak guna dan tambah air hujan sampai penuh bekas. Kemudian dah boleh siram baja ini sekeliling tanaman anda.

Mudahkan nak buat baja sendiri? Pasti selepas ini tanaman semua subur-subur belaka. Selamat mencuba!

Sumber : Fb Intan Suhana/Freepik

Penulis:Fatin Syazwani Mohammed Hanif