Lupa 'check out', ketua data CPRC dedah cara data diguna dalam sistem

Iklan
03

BARU-BARU ini aplikasi MySejahtera telah diperbaharui dengan fungsi terbaharu iaitu daftar keluar (check out).

Ia ditambah baik bagi memudahkan pengguna memaparkan status kesihatan individu, paparan tahap risiko dan status vaksinasi.

Iklan
Iklan

Butang check out yang difahamkan ditambah bagi menambaik baik proses pengesanan kontak.

Iklan

Justeru itu, Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Dr Mahesh Appannan tampil menjelaskan bagaimana sebenarnya data check out digunakan dalam sistem.

Menerusi perkongsian di Twitter, ini penjelasan beliau.

Iklan

Berikut adalah penerangan bagaimana data check out digunakan oleh sistem AI di sebalik MySejahtera.

Secara am, ada dua kaedah untuk menghasilkan sistem pengesanan kontak yang automated.

1) Kod QR - melihat 'overlap' dengan kes positif

2) Bluetooth - melihat 'proximity' dengan kes positif

Di Malaysia, kami menggunakan kaedah yang pertama setakat ini.

Sistem AI mengggunakan 'exposure window' serta data ujian saringan untuk menentukan penerima notifikasi tersebut.

Sebelum check out diperkenalkan, data check-in berturutan digunakan untuk meletakkan 'upper bound' pada tempoh masa seseorang berada di sesuatu tempat.

Contohnya, jika check-in di Restoran X pada 7 malam, dan Restoran Y pada 8 malam, anda berada di X untuk paling lama 1 jam.

Purata ini amat stabil kerana dihasilkan daripada berbilion check-in.

Kini, kami minta user untuk check out kerana ini akan membolehkan algoritma menentukan risiko jangkitan dengan lebih tepat.

Namun, sama seperti dulu, sistem dapat mengesan sama ada pengguna itu berkemungkinan besar lupa check out, maka menggunakan tempoh purata.

Satu lagi contoh:

Pengguna check-in di Restoran X pada 7 petang dan check-out pada 8 pagi esok.

Sistem akan melihat secara purata, berapa lama pengguna akan berada di lokasi ini sekiranya check-in pada waktu 7 petang.

Purata itu dapat digunakan untuk mengganti check-out yang 'misleading'.

Oleh itu, kami amat menggalakkan pengguna untuk check out. Ia menolong kami membantu anda.

Untuk makluman, sistem AI yang menghantar notifikasi Kontak Kasual sudah berjalan selama 200 hari.

Sekiranya anda telah menerima notifikasi Kontak Kasual;

1. Jawab dalam bahagian self-assessment dalam MySejahtera.

2. UJI jika anda mengalami simptom.

3. ISOLAT jika anda positif.

Dan patuhilah SOP!

Sumber: Twitter Dr Mahesh Appannan