[VIDEO] Tip pijak rumput, ibu ayah perlu teknik ini jika anak sukar tidur malam

Iklan
teknik

LAZIMNYA, anak-anak kecil akan berhadapan dengan masalah sukar tidur pada waktu malam.

Natijahnya, segelintir ibu bapa terpaksa bersengkang mata sehingga larut malam untuk menjaga dan mengawasi gerak-geri anak-anak.

Iklan
Iklan

Selain membiarkan anak bermain sehingga penat pada siang hari, sebenarnya terdapat satu kaedah lain yang boleh dipraktikkan.

Menerusi akaun TikTok @Hazirah Zaini, beliau berkongsi sebuah video khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang sukar tidur sebelum jam 10 malam.

Iklan

Dalam rakaman tersebut, kelihatan beliau membiarkan anak lelakinya itu tidak memakai kasut agar kakinya dapat memijak sesuatu.

Teknik itu jelasnya dikenali sebagai grounding atau earthing iaitu memijak tanah, rumput, sungai dan pasir.

Iklan

Bukan itu sahaja, beritahu Hazirah lagi, kaedah tersebut boleh dilakukan 30 minit setiap hari kerana ia dapat membantu menurunkan tekanan dalam badan yang dipanggil sebagai kotisol.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ia sekali gus akan membuatkan anak mudah tidur malam ekoran tahap stres dalam badan menurun.

Bagaimanapun, sebaik-baiknya amalan itu dipraktikkan pada awal pagi bagi menghasilkan melatonin semasa kulit terdedah kepada cahaya matahari.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teknik yang dikongsikan.

Baca juga: Buang air besar tanda waktu bersalin sangat dekat, 8 perkara ibu perlu hadamkan elak kematian bayi

Selain itu, mereka turut melontarkan pandangan dan pengalaman dalam menguruskan karenah anak-anak untuk berjaya tidur pada waktu lebih awal.

Jangan lupa follow kami di Instagram!