[VIDEO] Hasrat mahu tarik duit dalam kek, lain pula jadinya. Sambutan ulang tahun Aki buat ramai terhibur

Iklan
kek tarik tak jadi

MENYAMBUT ulang tahun kelahiran insan tersayang sudah tentunya menjadi momen indah yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Apatah lagi ahli keluarga berpakat untuk membuat kejutan termasuk menyediakan kek istimewa sebagai simbolik sambutan hari jadi.

Iklan
Iklan

Sudah menjadi trend ketika ini apabila ramai menempah untuk membeli kek yang menyediakan kejutan di dalamnya seperti wang, telefon pintar ataupun barangan kemas.

Iklan

Kek yang dipanggil kek tarik itu semakin popular apabila ramai teruja melihat gulungan duit yang ditanam di dalam kek.

Jika taktik menjadi, sekali tarik saja duit yang digulung berjaya dikeluarkan, membuatkan orang tersayang tersenyum gembira.

Iklan

Baca juga [VIDEO] Ingatkan masalah internet. Ustazah sebak, tidak sangka anak muridnya buat kejutan

Pun begitu, lain pula jadinya terhadap seorang datuk yang sedang menyambut hari jadi bersama anak dan cucunya.

Video yang dikongsikan @hanahadieya di akaun TikTok membuatkan ramai terhibur apabila kek tarik duit tersebut tidak menjadi.

Sudahnya, bukan duit yang berjaya ditarik keluar tetapi kek yang tercabut daripada alasnya.

Aduhai. Lucu melihat reaksi si isteri yang tidak dalam menahan geli hati manakala cucu-cucu yang menanti kejutan terpinga-pinga melihat kek ‘terbang’.

Wanita yang berkongsi momen lucu itu turut menulis kapsyen ‘Akibat nak kek tarik duit ???? kek keras kekung ?? happy besday Aki’.

Selepas duit tidak berjaya ditarik keluar, barangkali anak dan cucu yang cuba untuk membantu, namun gagal juga.

Paling tak boleh tahan, part last apabila Atuk yang kelihatan geram cuba menarik keluar duit dan akhirnya berjaya juga.

Video pendek yang menerima lebih 1 juta tontonan itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

Rata-rata mereka lucu melihat Atuk yang sudah lepas geram part last tu.

Macam tarik ubi kayu saja.

Lawaklah sampai kek pun terangkat.

Nenek pun dah cuak dah.

Tidak kurang juga terdapat komen yang mengucapkan ulang tahun kepada Aki.

Walaupun tidak menjadi, namun berjaya menggembirakan hati semua orang.

Aduhai, lucu pun ada, sedih pun ada. Sudah pasti, insiden tersebut akan menjadi momen yang tidak akan dilupakan.

Seronok melihat atuk nenek dapat berkumpul beramai-ramai dalam satu majlis keluarga.

Bagi mereka yang masih tidak dapat menjenguk orang tua tersayang, insya-ALLAH tidak lama lagi akan ada berita gembira buat kita semua.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kes jangkitan yang dilihat semakin hari semakin menurun menjadi petanda positif buat negara, moga-moga wabak Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya.

Apa yang penting, patuhi prosedur operasi standard yang digariskan ya! #kitajagakita #kitalaluibersama