Islamkan seorang lelaki, tindakan Aisar Khaled dipuji PU Amin, dorong banyakkan content agama

Iklan
2

BARU-baru ini, tular di laman sosial tindakan selebriti media sosial, tindakan selebriti media sosial iaitu Aisar Khaled mengislamkan seorang lelaki.

Perkongsian Aisar mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Perkara tersebut turut mendapat perhatian pendakwah selebriti, PU Amin yang menyokong dan tindakan Aisar.

Iklan
Iklan

Jelasnya, kandungan keagamaan sedemikian seharusnya diperbanyakkan di laman sosial agar ia menjadi contoh buat anak muda yang lain untuk mengajak lebih ramai lagi mendekati Islam.

Iklan

"Tahniah saya ucapkan buat adik Aisar Khaled atas usaha dia untuk buat content agama harus dipuji. Kenapa tidak content ini dibanyakkan?

"Cuma dia perlu dipandu dan dibimbing oleh orang yang memahami, insya-ALLAH. ALLAH lihat usaha baik anda. Saya sokong,” tulis Amin di Insta story.

Iklan

Bagaimanapun, kata Amin Aisar perlu dibimbing dalam perkara berkenaan.

"Salah ke Islamkan orang? Tak salah,pahala lagi dapat. Alhamdulillah. Cuma kalau boleh buat dengan pihak berkuasa agama, sebab ramai yang Islamkan kemudian tinggalkan macam tu.

"Akhirnya dia kembali kepada agama bukan Islam.

"Bila kita Islamkan orang, maka kita dibebankan dengan tanggungjawab agar akidah orang yang kita Islamkan tadi terpelihara. Namun saya percaya semua faham hal ini,” katanya.

Aisar dalam hantaran terbaru mendedahkan dia tidak pernah memaksa lelaki berkenaan dan berjanji akan membawa lelaki berkenaan untuk dibimbing.

Terdahulu, Aisar berkongsi video berkenaan di laman sosial TikTok yang kemudiannya tular di pelbagai platform media sosial yang lain seperti Twitter.

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @pencetusummah_amin