[VIDEO]Suami rakam isteri curang, kantoi bawa balik lelaki masuk rumah

Iklan
Menerusi video berdurasi 44 saat yang dimuat naik oleh @deejayfaz_official3 itu, lelaki itu membuat rakaman dengan nada tercungap-cungap menahan marah

ISU kecurangan semakin membarah hari ini dan banyak perkahwinan serta rumah tangga diuji dengan kehadiran orang ketiga.

Seperti tular sebuah video di aplikasi TikTok baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang hilang kata-kata selepas mendakwa ternampak isterinya bersama seorang individu lain di rumah mereka dipercayai di Jalan Bukit Katil, Melaka.

Iklan
Iklan

Difahamkan lelaki tersebut keluar untuk berniaga namun tertinggal barang dan berpatah semula ke rumah sebelum ternampak kejadian yang tidak diingini itu.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Sehingga kini, perkongsian video berkenaan meraih lebih 3.3 juta tontonan dan mendapat lebih 16,000 reaksi daripada netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap pemuda terbabit.

Sementara itu, seorang individu dikenali Puteri 3036 turut berkongsi rakaman video penuh dan salinan laporan polis berhubung kejadian terbabit di Facebook.

Kejadian berkenaan juga tular di semua media sosial. Rata-rata warga maya mengecam perbuatan si isteri yang sanggup mengkhianati kesetiaan suami.