Ikan keli masak lemak kencur mudah, mengiurkan

Iklan
Ikan keli masak lemak kencur mudah, mengiurkan

JIKA korang suka masakan bersantan, patut cuba resipi ikan keli masak lemak kencur ini.

Apabila dengar sahaja kencur, pastinya ia menu popular masyarakat Jawa.

Iklan
Iklan

Selepas itu, ikan keli yang dibakar akan dimasukkan ke dalam santan.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Aromanya sangat wangi pasti memikat sesiapa sahaja.

Bahan-bahan;

  • 4 ekor ikan keli dicuci bersih menggunakan asam Jawa dan dikelar serta dibakar
  • Segenggam biji kencur dibasuh bersih dan ditumbuk, ketepikan
  • Daun Kencur dicuci dan dihiris halus
  • Asam Jawa(untuk buang lendir ikan)
  • Santan cair
  • Santan pekat
  • Garam secukupnya
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serbuk perasa
  • Kunyit

Bahan di bawah perlu ditumbuk;

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 5 tangkai cili (atau guna cili api anggaran 20 biji)
  • Buah kencur

Cara-caranya;

1. Masukkan semua bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan didihkan bersama santan cair.

2. Masukkan garam secukup rasa.

Cuba juga Ikan Selar masak rendang Padang mudah, menyelerakan!

3. Masukkan ikan yang telah dibakar, masukkan santan pekat dan tabur hirisan daun cekur.

4. Didihkan santan hingga masak. Hidangkan.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat!

Sumber: Nor Baitie