Hanya sempat bergelar bapa tiga hari, anak Azmi Saat meninggal dunia

Iklan
Untitled design (53)

PENYANYI yang juga vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari selepas anak sulungnya, Khairul Afnan, disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita duka itu dikongsikan sendiri Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34, menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

"Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” tulisnya.

[caption id="attachment_60477" width="800"] Azmi dan isterinya, Nazirah Muhammad sudah berkahwin selama 10 tahun dan Afnan merupakan anak pertama mereka.[/caption]

Iklan

Difahamkan, Afnan berdepan dengan masalah fungsi otak selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.

Sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu, Afnan dipakaikan alat bantuan pernafasan dan sepatutnya menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), namun doktor tidak sempat berbuat demikian.

Iklan