“Mak jumpa abang di sana,” - Ibu Ali Puteh, Allahyarham Abam meninggal dunia

Iklan
ali puteh

PELAWAK Ali Puteh berkongsi berita duka, baru sahaja kehilangan ibu, Sabariah Arshad, yang meninggal dunia di Hospital Selayang, pada malam Khamis.

Allahyarhamah yang juga ibu kepada arwah Abam, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11.54 malam, pada usia 64 tahun.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum. Mak saya telah pergi mengadap Ilahi. Doakan buat mak saya ya semua.

"Mak jumpa abang di sana,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Iklan

Difahamkan Allahyarham dimasukkan ke hospital padal Selasa lalu akibat serangan asma.

Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, Allahyarham ibunya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu Gombak, sebelum solat Jumaat hari ini.

Iklan