Bapa Sherie Merlis meninggal dunia

Iklan
Untitled design (56)

PELAKON Sherie Merlis berkongsi berita duka apabila bapa tersayang, Wan Zainal Abidin Wan Kassim meninggal dunia jam 9.30 pagi Jumaat.

Menurut Sherie, bapanya yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-75 pada 26 September lalu dikejarkan ke hospital kira-kira jam 5 pagi setelah mengadu sakit dada.

Iklan
Iklan

"1 Oktober 2021, Jumaat, bersamaan 23 Safar 1443, abah saya telah kembali ke rahmatullah setelah mengalami serangan jantung.

"Lebih kurang 5 pagi tadi, adik saya bawa abah ke hospital setelah mengadu sakit dada. Sejam sebelum abah meninggal dunia, doktor maklumkan dia ok dan stabil.

Iklan

"Bagaimanapun doktor maklumkan semua sistem dalam badannya tidak berfungsi dan doktor sudah membuat CPR selama 15 minit sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 pagi,” ujarnya.

Bagaimanapun setakat ini, belum dapat dipastikan bila dan di mana jenazah akan dikebumikan.

Iklan

Takziah daripada Sinarplus buat Sherie sekeluarga!