PELAWAK dan usahawan terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 37, berkongsi wajah anak keempatnya, Ayash Affan pada petang, Jumaat.
"Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Bin Shahmira. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulisnya.
Menjengah dalam ruangan komen, hantaran tersebut dihujani pelbagai reaksi daripada rakan artis dan pengikutnya yang teruja akhirnya dapat menatap wajah Ayash.
Namun dalam masa yang sama, ada juga segelintir individu berasa sebak mengenang ‘harta’ peninggalan terakhir Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos lalu.
Allahyarham terpaksa ditidurkan berikutan tahap oksigen tidak stabil akibat Covid-19 sebelum melahirkan Ayash berkenaan secara pembedahan tanpa sedar ketika kandungan berusia 8 bulan.
Selain Ayash, Shuib dan Allahyarham Siti Sarah turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.