KETUMBIT atau tembel adalah keradangan kelenjar pada kelopak mata atau pada akar bulu mata.
Katanya,"Bukan disebabkan kencing lipas, atau skodeng orang mandi tau!"
Terdapat beberapa jenis kelenjar pada kelopak mata, antaranya, kelenjar Sebasea (sebaceous) dan kelenjar Meibomian.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Keradangan pada kelenjar Meibomian pula menyebabkan ketumbit jenis Chalazion. Gejalanya adalah bengkak pada tengah kelopak mata tapi tak begitu sakit.
Jika tidak dirawat, keradangan boleh merebak ke seluruh kelopak mata (blepharitis) dan lapisan lemak di bawah kulit (cellulitis). Ia akan menyebabkan bengkak dan sakit yang teruk.
Untuk elakkan ketumbit, pastikan;
1. Solekan kelopak mata dibuang atau dibersihkan sebelum tidur.
2. Tangan bersih semasa memakai atau menanggalkan kanta sentuh.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan