“Dengan izin Allah dan restu kedua orang tua” – Sarah Fazny kini bergelar isteri

Iklan
SARAH FAZNY NIKAH

PENYANYI Sarah Fazny kini bergelar isteri apabila selamat diijabkabul dengan lelaki pilihannya, Mohd Zahieroun Zahid, 35, di Masjid Bukit Indah, Ampang pada Jumaat.

Sarah, 26, meluahkan rasa syukur majlis yang sepatutnya berlangsung pada Jun lalu, namun ditangguhkan disebabkan situasi pandemik Covid-19, kini menjadi kenyataan.

Iklan
Iklan

"Dengan izin ALLAH dan restu kedua orang tua. I'm officially Married to Mohd Zahieroun Zahid.

"Terima kasih atas ucapan semua. Mohon maaf atas sebab Sarah merahsiakan. Good things take times.

Iklan

"Doakan agar baitul yang dibina sentiasa dalam RedhaNYA, dipenuhi mawaddah serta Rahmat ALLAH hingga ke Jannah,” kongsi Sarah menerusi Instagram miliknya hari ini.

Pada majlis ringkas yang diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat, bekas peserta Mentor 2015 itu menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan sebentuk cincin.

Iklan

Pengantin lelaki juga menyerahkan tiga dulang hantaran dan berbalas lima daripada pihak perempuan, manakala wang hantaran tidak didedahkan.

Difahamkan Sarah dan suaminya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan berkenalan menerusi Facebook dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu.