PERTAMA kali melihat tajuk dan menonton trailer filem ini, penulis mempunyai pelbagai pandangan dan andaian.
Lebih membimbangkan penulis bukan seorang gamer dan filem seperti Free Guy yang mempunyai gabungan permainan video seperti Grand Theft Auto serta Fortnite ini mungkin akan membuatkan penulis ‘lost’ dalam panggung wayang.
[caption id="attachment_61406" width="800"] Free Guy memaparkan jalan cerita yang berbeza dengan membawa karakter dalam permainan video ke dunia realiti.[/caption]
Bagaimanapun jangkaan penulis meleset sama sekali kerana tatkala filem ini bergerak minit demi minit, penulis sudah boleh memahami perjalanan filem Free Guy arahan Shawn Levy.
Levy yang terkenal dengan penghasilan filem komedi dan pengembaraan berjaya menggarap filem ini dengan baik serta membawa penonton sama ada anda seorang gamer atau bukan untuk melayari perjalanan Free Guy.
[caption id="attachment_61408" width="800"] Apa sahaja jenis jenayah boleh dilakukan dalam Free City.[/caption]
Filem yang dibintangi Ryan Reynolds, Jodie Comer, Joe Keery, Lil Rel Howery, Utkarsh Ambudkar dan Taika Waititi itu secara ringkasnya mengisahkan Guy, seorang pekerja bank yang melalui rutin kehidupan biasa dalam Free City, di mana sesiapa sahaja boleh melakukan pelbagai jenis jenayah seperti merompak, membunuh atau gangsterisme.
[caption id="attachment_61405" width="800"] Guy dan Buddy merupakan ‘non-player character’ (NPC) dalam Free City pada awalnya.[/caption]
Realitinya, Guy adalah watak yang wujud sebagai ‘non-player character’ (NPC) atau dicipta sekadar melengkapi permainan berkenaan dalam Free City.
Bagaimanapun pertemuannya dengan Milly atau MolotovGirl telah mengubah kehidupan Guy dan turut mengganggu perjalanan permainan video tersebut.
[caption id="attachment_61404" width="800"] Pertemuan dengan wanita idamannya telah membuatkan Guy mahu keluar daripada kebiasaan dan berkenalan dengan MolotovGirl.[/caption]
Perjalanan filem ini bagi penulis bukan hanya membawa penonton berada dalam dunia permainan video, tetapi melihat realiti mereka yang mengawal karakter-karakter dalam permainan video.
Kita mungkin melihat avatar permainan video yang hebat, namun hakikatnya individu di sebalik permainan itu sudah dewasa, tidak bekerja dan masih mengharapkan ibunya untuk mengemaskan bilik tidur.
Itulah Free Guy, kita akan melihat realiti dalam realiti dan bukan melihat pada satu lapisan cerita semata-mata.
Bagi penulis, filem ini akan dekat dengan semua penonton, lebih-lebih lagi sekiranya anda adalah seorang gamer.
Jadi bagi anda yang ingin mengetahui keseluruhan kisah Guy dan apakah dia dapat memiliki wanita idamannya? Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam.