Shah Rukh Khan tak lalu makan, Aryan tak dapat layan istimewa

Iklan
Untitled design (28)

SUMBER terdekat kepada superstar Bollywood, Shah Rukh Khan memaklumkan aktor itu tidak lalu makan dan lena tidur selepas permohonan jaminan ke atas anaknya, Aryan Khan ditolak Mahkamah Mumbai pada Sabtu.

Sumber berkenaan memaklumkan aktor terkenal itu mengakui sedang melalui saat paling sukar dalam hidupnya.

Iklan
Iklan

"Dia tidak mahu makan dan hanya tidur untuk tempoh yang singkat setiap hari semenjak Aryan ditahan. Dia merasa seperti seorang bapa yang tidak berguna.

"Shah Rukh juga enggan kembali bekerja dan mahu menunggu sehingga Aryan dapat pulang ke rumah,” lapor Rediff.com.

Iklan

Aryan, 23, kini ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah (judicial custody) selama 14 hari dan dihantar ke Penjara Arthur di Mumbai.

Aryan bersama tujuh lagi individu yang ditahan bersamanya diletakkan di penjara nombor satu yang merupakan kawasan kuarantin khas kerana negatif daripada najis dadah dan sudah menerima dua dos vaksin.

Iklan

Bagaimanapun dia tidak menerima layanan istimewa dan menjalani rutin serta menu sama seperti banduan yang lain.

[caption id="attachment_61517" width="800"] Aryan dikatakan menangis ketika diberi peluang untuk bertemu bapanya baru-baru ini.[/caption]

Terdahulu, pihak Narcotics Control Bureau (NCB) telah menahan Aryan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita di atas sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada Ahad.

NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar.