UMUM maklum aplikasi MySejahtera mula diwujudkan selepas negara dilanda penularan Covid-19.
Ia dibangunkan kerajaan untuk membantu pengawasan penularan wabak di dalam negara, sekali gus memudahkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Terbaharu, sijil vaksinasi kini boleh dicetak menggunakan dokumen Dokumen Mudah Alih (PDF) di aplikasi MySejahtera.
Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan fungsi itu ditambah baik dengan menawarkan tarikh lahir individu.
Beliau membalas ciapan yang dibuat seorang pengguna @khairycordoba yang menerangkan mengenai sijil digital yang boleh disimpan menerusi format PDF itu.
Selain itu, fungsi butang 'Aduan' juga fungsi baharu yang memudahkan orang ramai melaporkan sebarang bentuk pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) di premis atau tempat yang mereka kunjungi.
Justeru, kekal patuhi SOP walau di mana pun korang kunjungi ya!