Rentas negeri tiada lagi SJR, pastikan patuh SOP! PDRM tetap buat pemeriksaan randoms

Iklan
03

ALHAMDULILLAH! Akhirnya terjawab persoalan yang ditunggu ramai apabila kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri seluruh negara yang berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam itu memberi kelegaan dan kegembiraan buat rakyat negara ini memandangkan hampir setahun setengah aktiviti itu tidak dibenarkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Iklan
Iklan

Ismail Sabri berkata, kebenaran rentas negeri itu diguna pakai serentak di seluruh negara bermula hari ini (Isnin), 11 Oktober 2021.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Selain itu kerajaan juga turut bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Iklan

Walau bagaimanapun, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air. Kebenaran ini juga akan mula berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021.

Pun begitu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan akan melakukan pemeriksaan rawak di kawasan tumpuan dan menghentikan sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri berikutan pengumuman membenarkan perjalanan antara negeri bermula pada tengah malam tadi.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sekatan jalan raya akan berterusan di kawasan yang tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Op Benteng dan operasi pencegahan dan keselamatan jenayah.

Tindakan itu diambil berdasarkan peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Acryl Sani juga menasihati orang ramai agar tidak memandang ringan pergerakan yang dibenarkan dan mengamalkan tahap pematuhan SOP yang tinggi untuk mencegah jangkitan Covid-19 daripada kembali meningkat.

Selamat pulang dan balik ke kampung halaman semua! Semoga selamat sampai di destinasi yang ingin dituju.