Pelakon, pengarah, penolong pengarah ditahan positif dadah

Iklan
Ditahan Polis

SEORANG pelakon berusia 29 tahun ditahan bersama-sama seorang pengarah dan penolong pengarah kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, pagi Ahad.

Pengarah dan penolong pengarah itu dikatakan berusia 49 dan 47 tahun.

Iklan
Iklan

Difahamkan serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Hasil saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis tetra hydrocannibol manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Iklan

Difahamkan, ketika serbuan dibuat, kesemua mereka berada di dalam bilik yang berasingan.

Ketiga-ketiga mereka disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi pagi ini mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam. - AWANI