Apoo.. tak habis-habis cerita pasal kahwin ni - Erra Fazira

Iklan
erra fazira

TIADA angin tiada ribut, nama pelakon popular Erra Fazira tiba-tiba menjadi bualan hangat warganet apabila didakwa berkahwin dan bergelar isteri kedua kepada seorang ahli politik berasal dari Perak.

Hantaran yang dimuat naik seorang pengguna Twitter pada Ahad itu mencetuskan pelbagai spekulasi berkenaan status terkini bintang Sembilu itu. Malah para peminat Erra mula membanjiri akaun media sosialnya untuk mencari kepastian.

Iklan
Iklan

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 47, maklum akan dakwaan terbabit, namun mengambil pendekatan untuk tidak melayan gosip tersebut.

"Bagaimana penatpun kamu, teruskan berjalan. Hujung minggu yang nyaman sebelum kecederaan berlaku. Insya-ALLAH sambung minggu depan.

Iklan

"Apooo... tak habis-habis cerita pasal kahwin ni. Apa pun, orang memang suka bercakap. Jadi biar mereka seronok bercakap,” ujar Erra pada satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya hari ini.

Erra sebelum ini pernah berkahwin Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun perkahwinan itu berakhir dengan perpisahan pada 2006.

Iklan

Aktres jelita itu mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007, sebelum disahkan bercerai pada 2014. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.