Nak anak bakal lahir cantik dan bijak, betul ke ibu kena baca surah tertentu?

Iklan
Anak bakal lahir

ORANG kata, kalau wanita mengandung baca Surah Yusuf, anak yang bakal dilahirkan nanti kacak dan cantik.

Kalau nak anak yang bijak pula, amalkan baca Surah Luqman. Jika ingin proses bersalin menjadi mudah, Surah Maryam disarankan untuk dibaca sebagai amalan sepanjang proses kehamilan.

Iklan
Iklan

Ya, itulah yang sering kali kita dengar daripada orang di sekeliling. Malah, ia turut dikongsi ramai dalam internet. Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat dipastikan.

Benar, memang ada yang berjaya memperoleh zuriat yang comel berkat amalannya melazimi bacaan al-Quran ketika ketika mengandung.

Iklan

Namun begitu, pernah tak kita terfikir, andai kata, kita sudah amalkan, tetapi tidak tercapai juga apa yang diinginikan pasti rasa kecewa akan terselit dalam hati.

Benarkah amalan-amalan ini memang ada nas-nas tertentu yang memerihalkan tentang perkara itu?

Iklan

Persoalan tersebut mendapat perhatian Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Muhammad Fahmi Rusli. Beliau memberikan penjelasan yang ringkas dan padat menerusi ciapan di twitter miliknya baru-baru ini:

Jawapan Ustaz Muhammad Fahmi menerima respons yang positif daripada warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan tersebut.

[caption id="attachment_7956" width="1024"] KEPERIBADIAN anak yang dilahirkan bergantung kepada didikan ibu bapa, manakala kecantikan dan ketampanan mereka pula ada kaitan dengan genetik orang tua masing-masing.[/caption]

Malah, ia turut diulang kicau oleh pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi sambil menjelaskan bahawa anak handsome atau cantik itu mengikut genetik kedua ibu bapanya.

Apa pun, tidak salah andai wanita mengandung nak baca juga surah-surah pilihan tadi. Ia juga merupakan ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran.

Namun, janganlah kita terlalu ghairah, sebaliknya meletakkan harapan kembali kepada ALLAH SWT.

Foto: Freepik & 123rf