Erra Fazira kekal tenang

Iklan
ERRA FAZIRA

BIARPUN sering dikaitkan dengan gosip kehidupan peribadinya, termasuk spekulasi  bergelar isteri kedua kepada seorang ahli politik berstatus menteri baru-baru ni, pelakon Erra Fazira tetap kekal tenang.

Tidak mudah melatah, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 47, sentiasa positif dan tidak mengambil pusing gosip tidak benar tentang dirinya.

Iklan
Iklan

Menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya hari ini, pelakon Gerak Khas Undercover itu telah memuat naik satu hantaran yang memberi gambaran tentang dirinya, seorang yang pemaaf dan tidak suka berdendam.

"Orang yang lemah membalas dendam, orang yang kuat memaafkan. Orang yang bijaksana, mengabaikan.

Iklan

”Anda yang mana satu? Pilihlah dengan berhati-hati,” tulisnya.

Beberapa hari lalu, nama Erra hangat diperkatakan apabila seorang pengguna Twitter memuat naik satu hantaran yang mendakwa selebriti popular itu berkahwin lagi dan bergelar isteri kedua seorang kepada VVIP.

Iklan

Erra turut memberi reaksi berhubung spekulasi tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

"Apoo, tak habis-habis cerita pasal kahwin ni. Apa pun, orang memang suka bercakap. Jadi biar mereka seronok bercakap,” ujarnya.

Erra sebelum ini pernah berkahwin Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Aktres jelita itu mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007, sebelum berpisah pada 2014. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.