Apam lenggang 'terlajak ranggup' peram adunan lama rahsia juadah padu

Iklan
ROK (2)

APAM merupakan sejenis kuih tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia tidak mengira kaum.

Bukan setakat sejenis, malah terdapat variasi apam yang mudah dibuat dan boleh dibeli di warung atau di pusat beli-belah.

Iklan
Iklan

Antaranya seperti apam kukus, apam balik, apam beras, apam kelapa, apam gula hangus, apam kelapa, apam susu, apam bahulu, apam yogurt dan banyak lagi.

Pun demikian, apam lenggang merupakan kategori yang sangat jarang didengari terutama oleh generasi sekarang.

Iklan

Menurut salah seorang pembikinnya, Nurul Farhana Mohamad Fazil, apam lenggang merupakan antara kudapan yang terkenal di negeri-negeri sebelah utara tanah air.

[caption id="attachment_61965" width="800"] Nurul Farhana.[/caption]

Iklan

"Kalau di negeri Kedah, kuih ini memang banyak diniagakan oleh pengusaha di pasar malam atau gerai yang menjual segala macam kuih-muih.

Anak kelahiran Pendang, Kedah itu kemudian berkata, terdapat sebab munasabah mengapa sajian tersebut dipanggil apam lenggang.

"Ini kerana kuih ini perlu ‘dilenggangkan’ mengikut gaya tersendiri bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Mudah kata, si pembikin perlu meratakan adunan itu di atas kuali dengan ayunan tangannya sebelum digulung,” beritahu penjawat awam itu.

Berkongsi mengenai tip mendapatkan apam lenggang dengan tekstur yang cantik, Nurul Farhana mengusulkan idea.

Katanya, pemilihan kuali mestilah bersesuaian dan sebaiknya menggunakan jenis yang antilekat.

Petua lain yang wajar diikuti adalah memastikan adunan diperam dalam tempoh yang mencukupi.

"Tempoh yang paling ideal adalah lebih sejam. Selepas itu, barulah apam lenggang akan menjadi lebih rangup dan enak dimakan panas-panas,” katanya sambil berkata kuih tradisional berkenaan boleh dicicah bersama kuah manis atau gulai.

PROFIL

  • Nama: Nurul Farhana Mohamad Fazil
  • Umur: 35 tahun
  • Asal: Pendang, Kedah
  • Menetap: Putrajaya
  • Facebook: Nurul Farhana

RESIPI APAM LENGGANG

- 1 cawan nasi sejuk

- 1 cawan air suam

- 1 1/2 cawan tepung beras

- 1/2 cawan tepung gandum

- 1/2 cawan gula

- 2 biji telur

- 200 mililiter santan pekat

- 1 sudu teh yis

- 1 sudu teh garam

Cara penyediaan:

  1. Kisar kesemua bahan dengan menggunakan pengisar kecuali yis dan garam sehingga hancur.
  2. Kemudian, peram adunan apam lenggang selama satu jam.
  3. Selepas itu, masukkan yis ke dalam adunan dan biarkan ia selama 30 minit.
  4. Sebelum melenggang adunan, masukkan garam agar menjadi sedikit berlemak.
  5. Akhir sekali, proses melenggang boleh dimulakan dengan menggunakan api perlahan.
  6. Setelah adunan bertukar kekuningan, apam boleh digulung atau dilipat dua sebelum disajikan.

Sumber Nurul Farhana Mohamad Fazil