Lembaga bawa batu nisan ganggu pengguna Jalan Genting, rupa-rupanya...

Iklan
gangguan entiti batu nisan

KECOH di media sosial apabila kelibat entiti yang dilihat membawa batu nisan menghantui pengguna di laluan dikenali dengan nama Jalan Genting baru-baru ini.

Gangguan kelibat lembaga itu dilihat seolah-olah mendodoi bayi di laluan gelap membuatkan ramai meremang bulu tengkuk, apatah lagi ketika itu memandu seorang diri.

Iklan
Iklan

Rata-rata pengguna yang terserempak dengan kejadian tersebut mendakwa gangguan entiti sudah berlarutan sejak beberapa hari lalu.

Pun begitu, perkongsian video oleh seorang pengguna Tiktok, Fareez Effizal berjaya membongkar kebenaran yang tidak disangka-sangka.

Iklan

Dalam tiga video pendek yang dikongsikan pemuda tersebut, lembaga yang dikatakan hantu wanita itu sebenarnya seorang lelaki.

Iklan

"Ini yang orang buat report fasal ada seseorang di Jalan Genting yang mencurigakan, tetapi dia mendukung batu nisan.

Baca juga Misteri hilang makanan, wanita disangka hantu rupa-rupanya tinggal di kabinet dapur lebih dua minggu

"Dia mengganggu pengguna jalan raya di Jalan Genting, tetapi khabarnya perempuan.

" Namun begitu, apabila kami melihat tubuh badannya, dia adalah lelaki dan tidak berhenti-henti membaca ayat al-Quran," katanya.

Fareez bersama beberapa pemuda lain mengekori lelaki yang lengkap berpakaian dengan beg backpack sebelum mereka memintanya berhenti di tepi jalan.

Pada mulanya lelaki misteri itu tidak mengendahkan, namun selepas beberapa minit beliau memusingkan badannya dan ternampak batu nisan yang dibawanya.

Baca juga [VIDEO] Sempat rakam entiti main kereta mainan tengah malam, pemuda ini kongsi cerita tidur sebantal dengan hantu raya

Dalam video kedua, orang ramai yang mengekori pemuda tersebut tidak putus-putus membaca ayat Surah Kursi sebelum lelaki itu menggelupur di tepi jalan.

Kelihatan seorang lagi pemuda berbaju biru cuba menenangkan lelaki tersebut sebelum"tersedar" dan dalam keadaan terpinga-pinga.

Lelaki misteri yang berkopiah putih itu kelihatan cemas dan berkali-kali berkata:"Saya tidak tahu bang" sebaik saja orang ramai bertanyakan tujuannya.

Kasihan juga melihat gelagat pemuda misteri tersebut yang tidak tentu hala jadinya apabila dikerumuni orang ramai.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Rata-rata yang mengikuti perkongsian tersebut turut berkongsi perasaan seram sejuk.

Mungkin dia beramal tetapi berlaku kesilapan.

Dengar suara perempuan menangis.

Tidak kurang juga yang percaya lelaki itu berdepan gangguan.

Barangkali fikiran terganggu. Semoga dipermudahkan urusan.

Nampak lembaga putih dekat belakang tu.

Dia sendiri tak tahu kenapa dia di situ.

Memang agak seram bila menonton video tersebut. Apapun diharapkan semuanya kembali okey.

Jika benar ada gangguan, cepat-cepat berubat dengan individu yang lebih pakar.