Tuan rumah baik hati tawar peluang kedua, tapi ini yang dibalas oleh penyewa...

Iklan
ONLINE

SEPERTI tongkang pecah.

Itulah reaksi SinarPlus sebaik melihat keadaan sebuah rumah sewa yang tidak diurus dengan baik.

Iklan
Iklan

Namun, tanpa disangka-sangka, penyewanya adalah dua orang wanita sahaja yang mendiami tempat berteduh itu.

Menerusi seorang pengguna Facebook, Suhaila Sujak beliau juga mengakui sangat terkejut apabila rumahnya berubah selepas disewakan kepada dua individu terbabit.

Iklan

Ceritanya, tatkala kaki melangkah masuk ke dalam rumah itu, hidungnya terus 'menyucuk' bau najis kucing.

Jika diamati dalam gambar yang dikongsikan, dari ruang tamu hingga ke bilik dan dapur, semuanya serba-serbi tunggang-langgang.

Iklan

Bukan itu sahaja, wanita itu turut mengakui tidak sanggup untuk berkongsi foto tandas yang lebih 'dahsyat' penangannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh penyewa itu.

Foto Facebook Suhaila Sujak