PEMBUKAAN sempadan negeri setelah negara mencapai kadar vaksinasi 90 peratus 11 Oktober lalu adalah momen yang dinanti-nantikan oleh kita semua.
Ia membolehkan kita semua merentas negeri untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti menziarahi keluarga mahupun melancong.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Kebenaran merentas negeri yang diberikan meletakkan tanggungjawab memutuskan rantaian jangkitan pada diri kita sendiri.
Bahkan beliau juga menguar-uarkan mengenai #ReopeningSafely yang melibatkan penilaian kendiri TRIIS.
Penilaian Kendiri Covid-19 TRIIS
1. TEST
Segera lakukan ujian saringan Covid-19 secara kendiri sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan seperti selesema, demam batuk dan lain-lain.
2. REPORT
Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera.
3. ISOLATE
Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dengan penuh disiplin sekiranya didapati positif.
Patuhi perintah Perintah pengawasan dan pemerhatian (Home Surveillance Order-HSO) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
4. INFORM
Segera maklumkan kepada kontak rapat sekiranya keputusan pengesanan Covid-19 positif.
Segera memaklumkan kepada pihak berwajib atau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin kendiri di rumah.
5. SEEK
Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya mengalami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.
Langkah TRIIS ini jika dipatuhi sudah tentu dapat membendung dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Ironinya, adakah kita melakukan apa yang disarankan iaitu ujian air liur RTK sebelum ke mana-mana lokasi?
Tidak sekadar itu, Sarawak juga mengalami keadaan yang sama. Malahan Sarawak, Kelantan dan Selangor masih menunjukkan penggunaan katil bukan unit rawatan rapi (ICU) dan katil ICU melebihi 60 peratus.
Manakala Pulau Pinang dan Perak masih menunjukkan paras penggunaan katil melebihi 50 peratus. Ini adalah amaran awal yang tidak boleh diabaikan!
Justeru, sama-samalah kita menjalankan tanggungjawab seperti yang disarankan.
Lakukan ujian air liur RTK apabila ingin bertemu mana-mana individu dan kekalkan prosedur operasi standard (SOP) ketika bergerak dan berhubung dengan orang ramai.
Ayuh putuskan rantaian jangkitan dengan tingkah laku peribadi yang bertanggungjawab. Kita mampu mengubahnya.
Sumber: Bernama