Wanita maut, lelaki tercedera akibat pistol 'prop' ketika berlakon filem

Iklan
Untitled design (14)

SATU insiden yang mengejutkan berlaku di set penggambaran filem lakonan aktor Alec Baldwin yang telah mengorbankan seorang wanita dan mencederakan seorang lelaki.

[caption id="attachment_62387" width="800"] Alec Baldwin[/caption]

Iklan
Iklan

Mangsa, pengarah fotografi, Halyna Hutchins meninggal di tempat kejadian manakala pengarah, Joel Souza cedera.

Memetik laporan Hollywood Life, pihak polis Santa Fe Police, New Mexico, Amerika Syarikat mengatakan Baldwin tidak menyedari jenis peluru dalam senjata yang digunakan sewaktu menjalani penggambaran filem Rust baru-baru ini.

Iklan

Hutchins, 42, telah dikejarkan ke Hospital Universiti New Mexico dengan menggunakan sebuah helikopter sementara Souze, 42, dirawat di Pusat Perubatan Christus St. Vincent.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat punca kejadian tersebut dan mengarahkan agar lokasi set penggambaran ditutup.

Iklan

Badlwin yang juga bertindak sebagai penerbit bersama filem tersebut.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram