Berbasikal sendirian, kakitangan stesen TV maut dilanggar kereta

Iklan
Untitled design (21)

SEORANG petugas stesen televisyen meninggal dunia dalam sebuah kemalangan ketika menunggang basikal bersendirian di Cyberjaya.

Dalam insiden yang berlaku pagi tadi, Allahyarham Jeffri Aziz, 57 yang juga pekerja Astro Production Sdn Bhd meninggal dunia selepas terbabit kemalangan dipercayai pada jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Kemalangan itu turut dikongsikan oleh grup komuniti, Facebook Cyberjaya Community.

Iklan

Pemergian Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang cahaya mata.

Iklan

Punca kemalangan dan kematian mangsa masih belum dikenal pasti.

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang juga bekas Naib Presiden Pengurusan Bakat On Air Astro turut berkongsi mengenai Allahyarham yang merupakan sabahat beliau sejak di TV3.

"Pergi sahabat produksi kami Jeffry Aziz. Pak Nil kenal Allahyarham sejak dari zaman TV3 Jalan Liku Bangsar.

"Lembut dan sopan berkata-kata dan sentiasa senyum.

"Perginya padai hari Jumaat petanda pengakhiran yang baik utk nya. Tenang di sana ya adik. Al-Fatihah,”titipnya.

Sehubungan itu netizen menzahirkan ucapan takziah dan mendokan Allahyarham.

Dalam pada itu, warga maya turut berkongsi hantaran Allahyarham di dalam sebuah grup berbasikal di Facebook seolah-olah memberi bayangan akan pergi.

"Have a rest buddy," tulisnya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Diharapkan keluarga Allahyarham  tabah menempuhi dugaan ini.Al-Fatihah.

Baca juga: Perginya Wira Merah Terperangkap Arus Banjir, Tinggalkan Balu, 4 Anak

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Astro Awani, Instagram @aznilnawawihm