PENYUMBANG pingat emas ketiga negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, Abdul Latif Romly, 24, selamat mengikat tali pertunangannya semalam.
Pemenang pingat emas lompat jauh T20 itu mengumumkan perkara tersebut di laman Instagram miliknya hari ini.
Perkongsian beliau turut dihujani ucapan tahniah warga maya dan pengikutnya yang rata-ratanya mendoakan kebahagiaan untuknya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Menurutnya, Latif merancang berkahwin pada 2025 kerana buat masa ini dirinya ingin tumpukan kepada sukan terlebih dahulu.
Ujarnya, pihaknya juga tidak ada halangan untuk mereka Latif berkahwin kerana kedua-dua keluarga sudah lama saling mengenali antara satu sama lain.
Beliau menutup tirai Sukan Paralimpik 2020 meraih pingat emas dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) di Stadium Olimpik, Tokyo.
Baca juga "Get Well Soon Tuanku, People Need You" - Warga Maya Hujani Doa Buat TMJ
Anak jati Perlis itu juga turut mendapat perhatian orang ramai di media sosial dengan perubahan wajahnya yang jauh lebih matang berbanding ketika Sukan Paralimpik Rio di Brazil pada tahun 2016.