Ed Sheeran positif Covid-19, buat persembahan, temu bual dari rumah

Iklan
Untitled design (15)

PENYANYI pop Britain, Ed Sheeran mengumumkan disahkan positif Covid-19 pada Ahad.

Sedang menjalani kuarantin, penyanyi berusia 30 tahun itu akan melakukan temu bual dan persembahan dari rumah.

Iklan
Iklan

Sheeran mendedahkan berita itu di laman sosial beberapa hari sebelum pelancaran album studio terbarunya.

Iklan

"Kemas kini ringkas untuk memaklumkan bahawa malangnya saya diuji positif Covid-19, jadi kini saya sedang mengasingkan diri dan mematuhi garis panduan ditetapkan oleh kerajaan.

"Ini bermakna saya kini tidak dapat meneruskan sebarang komitmen dengan kehadiran fizikal, jadi saya akan lakukan seberapa banyak mungkin wawancara dan persembahan yang telah dijadual, dari rumah. Saya mohon maaf kepada semua pihak yang saya hampakan," tulisnya di Instagram.

Iklan

Sheeran baru-baru ini diumumkan sebagai tetamu muzikal bagi rancangan Saturday Night Live NBC pada 6 Nov.

Jurucakapnya bagaimanapun tidak smengesahkan persembahan mana yang akan dibatalkan Sheeran dan yang mana akan diteruskan dari rumah.

Laman rasmi Sheeran tidak menyenaraikan sebarang persembahan sebelum April. Album studio terbaru pemenang empat anugerah Grammy itu berjudul '=', atau disebut sebagai Equals.

Baca juga: Perut Ibu 30kg Ketika Hamil, Kembar 9 Pecah Rekod Dunia Bakal Pulang Ke Mali

Baca juga: Pasangan Kekasih Pembawa Talasemia Menangis Terpaksa Putus, Enggan Risikokan Zuriat Warisi Penyakit

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Times